Assalamualaikum..
Alhamdulillah, tengahari ni nk share sikit ilmu yg dipetik dari buku Prophetic Parenting; Cara Nabi SAW Mendidik Anak..terima kasih kak Nurrul Hidayah, bg pinjam buku ni.. huhu, sgt terkesan dihati & bersemangat nak didik anak-anak Tuan Syarifah Humaira' & Tuan Ahmad Luqman ikut cara Rasulullah SAW bersama suami tersayang Zahidi Rahman.. dalam banyak2 bab dalam buku ni, tajuk Saat paling tepat menasihati anak-anak lah yg paling saya teruja & mengharukan sebab rupa-rupanya abah saya minhat, juga sering amalkan sepanjang didik saya & adik beradik sejak kecil (hingga kini)...
Ada 3 waktu utama dalam menasihati anak yang diterapkan Rasulullah saw:
1. Dalam perjalanan
Hadis riwayat al-Hakim dari Ibnu Abbas r.a yg bermaksud:
“Nabi saw diberi hadiah seekor bighal oleh Kisra. Baginda menungganginya dengan tali kekang dari serabut. Baginda membawaku di belakangku. Kemudian baginda berjalan. Tidak berapa lama, baginda menoleh dan memanggil “hai anak kecil.” Jawabku, “labbaika, wahai Rasululllah.” Baginda bersabda, “jagalah agama Allah, nescaya Dia menjagamu…”

Pengajaran hadis:
ketika kita dalam perjalanan membawa anak-anak adalah saat terbaik untuk menasihat, menegur kesalahan anak-anak sebab waktu tu anak-anak kebiasaannya dalam keadaan gembira dan hati terbuka untuk menerima sebarang teguran membina dari ibubapa khasnya..

**** pengalaman saya setiap kali bermusafir bersama keluarga(tak kira manapun destinasi dituju utk tujuan melancong, shopping, berkebun, ziarah sedara mara dll), abah pasti akan penuhkan aktiviti sepanjang dalam perjalanan dengan bersembang, bercerita kisah-kisah menarik dan ada unsur suri tauladan bersama anak2(biasanya abah yang jadi pencerita), mak & abah akan mainkan peranan penting masa dalam kereta untuk mulakan perkongsian masalah kami adik beradik dan berbincang, berkongsi pendapat utk menyelesaikan masalah bersama.. masa ni lah biasanya abah akan selitkan nasihat & teguran yg membina pada kami anak2 (sob3 sedey teringat) sehinggalah sampai ke destinasi yg dituju..
2. Waktu makan
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Umar bin Abi Salamah r.a yang bermaksud:
“aku masih kecil ketika berada dalam pengawasan Rasulullah SAW. Tanganku bergerak ke sana ke mari di hadapan makanan. Lalu sabda Baginda SAW, hai anak kecil, ucapkanlah basmalah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang ada dihadapanmu.. sejak itu, begitulah caraku makan.”

Waktu makan adalah antara waktu yang anak-anak paling agresif dan akan menunjukkan sifat & watak aslinya sehinggakan kadang-kadang sanggup berperilaku buruk dan melanggar adab sopan ketika makan. Jika ibu bapa tidak duduk makan bersama, tidak menegur, tidak membetulkan kesalahan anak-anak, akan menyebabkan anak-anak terus menerus melakukan kesalahan. Selain itu, saat makan adalah peluang terbaik (waktu berkualiti) bagi ibu bapa untuk meluangkan waktu bersama-sama anak-anak.

**** makan bersama keluarga adalah aktiviti yang paling digemari abah. Setiap kali kami adik beradik berkumpul (masa cuti sekolah/hari minggu), abah pasti akan ajak kami ‘makan besar’ (direstoran, bbq sate depan umah dll). Abah lagi suka kalo sedara mara, adik beradik mak abah kumpul & makan besar bersama (biasanya hari raya, family day, melawat umah sanak sedara).. masa tu lah, biasanya abah akan selitkan sikit nasihat & teguran kpd kami semua.. huhu.. xsabar nk gathering bbq sate n menu sodap2 bersama keluarga n sanak saudara sempena nk masuk bulan ramadhan tahun ni..
3. Ketika sakit
Hadis riwayat Bukhari dari Anas r.a yang bermaksud:
“Seorang anak Yahudi yang menjadi pelayan Nabi SAW sakit. Baginda SAW datang menjenguknya. Baginda duduk di dekat kepalanya dan bersabda kepadanya, ‘masuk Islamlah engkau’. Dia meliaht ke arah bapanya yang saat itu berada di sana. Si bapa berkata, ‘turutilah Au Qasim’. Maka, dia pun masuk Islam. Nabi SAW pergi sambil berdoa, ‘segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari api neraka’.

Sakit adalah nikmat yang Allah SWT beri kepada manusia hingga mampu melembut dan melunakkan hati orang dewasa yang keras, apatah lagi hati anak-anak kecil. Sakit memiliki 2 kelebihan iaitu. Pertama, fitrah kanak-kanak yang suci bersih dan kedua, sifat kelembutan hati dan jiwa. justeru, gunakan waktu anak sakit sebagai peluang untuk mendekati, menegur dan menasihati secara lembut akan kesalahan mereka.

***** waktu sakit juga adalah waktu kebiasaan abah menasihati kami anak-anak (nasihati dengan cara lembut)serta mengingatkan kami tentang sakit adalah kaffarah dosa.. nasihat & kata-kata membina dari abah & mak serta usaha (yg xkenal erti putus asa) mencari ubat sehingga sembuh penyakit menjadikan kami adik beradik lebih tabah dan sabar dengan ujian Allah SWT...
## terima kasih xterhingga buat abah minhat & mak aisyah.. we all luv u till jannah..

No comments:
Post a Comment